Siapa Kami

Ketua Editor

Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil merupakan pensyarah astronomi dan astrofizik di Pusat Sains Terkehadapan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Fizik dengan Kepujian dari Imperial College London, kemudian Ijazah Sarjana Sains dalam Astrofizik dari Universiti College London. Beliau juga merupakan Ketua Negara untuk pertandingan Olimpiad Fizik Antarabangsa (IPhO) dan aktif melatih para pelajar sekolah menengah dan pra-universiti ke pertandingan tersebut semenjak 2010. Selain itu, beliau terlibat dalam kegiatan pengkayaan dan penyelidikan astronomi dan astrofizik di kalangan para pelajar di Pusat GENIUS @Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, khususnya di balai cerapnya semenjak awal pembukaannya pada 2013. Beliau kini merupakan pelajar Doktor Falsafah di Raja Zarith Sofia-Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilization (RSZ-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur dengan kajian bertajuk “Carl Sagan and The Development of Astrobiology.”

EDITOR

Prof. Madya Dr. Shahrul Kadri Ayop ialah seorang pensyarah fizik di UPSI. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik Industri) dengan Kepujian Kelas Pertama dari UTM, Sarjana Sains (Fizik) mit Sehr Gut dari University Leipzig, Jerman dan Ijazah kedoktoran dari Universiti Hokkaido, Jepun. Beliau meminati pelbagai cabang penyelidikan fizik khususnya bidang optik. Di waktu lapang, beliau gemar melayari internet dan mencuba idea-idea baru demonstrasi di makmal.

EDITOR

Dr. Muhammad Imran Mustafa Abdul Khudus merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Fizik, Fakulti Sains Universiti Malaya. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Fizik dari Imperial College London, Sarjana Fizik dari University College London dan menamatkan pengajian ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2017 dalam bidang Optoelectronics di Optoelectronics Research Centre, University of Southampton. Penyelidikan utamanya ialah dalam penghasilan sinaran UV coherent dalam optical waveguides dan LED.

EDITOR

Dr. Nurisya Mohd Shah merupakan seorang pensyarah kanan fizik teori di Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau berkelulusan Bacelor Sains Fizik (Kepujian) dan Sarjana Sains dalam Kuanta & Ruang-Masa, juga dari UPM. Memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Fizik-Matematik pada tahun 2014 dari Concordia University, Montreal, Kanada melalui kajian ciri kumpulan polinomial kompleks dalam sistem mekanik kuantum tidak bertukar-tertib . Bidang kepakaran beliau ialah penyelesaian masalah fizik melibatkan model kuantum. Beliau mula berminat dalam penulisan sains popular sejak 2016 dengan artikel pertama berjudul “Geometri dalam Kehidupan” yang diterbitkan dalam Dewan Kosmik Edisi Mei 2016

Editor

Dr. Mohd Faudzi Umar, berkelulusan Sarjana Muda (Kep), Sains Nuklear (2006), Sarjana Fizik Gunaan, (2007) dari UKM merupakan Pensyarah di Fakulti Sains dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Beliau telah menamatkan pengajian di peringkat kedoktoran di Institut Penyelidikan matematik (INSPEM), UPM. Bidang kajian tertumpu kepada Pendidikan fizik ke atas miskonsepsi mekanik kuantum, kaedah penguantuman berasaskan kumpulan berkanun, mekanik kuantum tak kalis tukar tertib, teori kumpulan dan aljabar Lie.

Editor

Ahmad Hazazi Ahmad Sumadi, berkelulusan Sarjana Muda (Kep.) Fizik, Sarjana Sains, Fizik Teori, UPM dan sekarang adalah calon Doktor Falsafah dalam bidang Fizik Matematik di Institut Penyelidikan Matematik, UPM. Selain minat yang mendalam dalam fizik matematik, membaca sambil menikmati secangkir kopi adalah minat yang lain.

Penasihat FizikKini

Prof. Madya Dr. Hishamuddin Zainuddin  kini merupakan pensyarah fizik teori di Jabatan Fizik, Universiti Putra Malaysia. Beliau adalah mantan Timbalan Pengarah, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM. Selain itu, beliau turut menganggotai Institut Fizik Malaysia sebagai Felo, council member of South East Asia Theoretical Physics Association (SEATPA) dan warga Malaysia pertama dipilih sebagai International Board Member of Math PhD Program of Polito-Unito di Italy.

Mengimbau kembali sejarah dan latarbelakang pengajian, pada tahun 1985, beliau telah menamatkan kursus part III of Mathematical Tripos (master of mathematics) untuk memperolehi Certificate of Advanced Studies in Mathematics di University Cambridge United Kingdom, (https://www.maths.cam.ac.uk/postgrad/mathiii) sebelum menyambung ke peringkat kedoktoran dalam bidang fizik-matematik di University of Durham (1985-1990). Kursus mathematical tripos merupakan kursus matematik tertua di Cambridge (sejak 1824) dan paling mencabar di dunia. Dianggarkan hanya 200 pelajar sahaja yang mengambil jurusan tersebut setiap tahun.

Prof. Madya Dr. Hishamuddin telah menghasilkan 16 graduan di peringkat MSc dan 9 graduan PhD dalam bidang fizik teori. Antara bidang kepakaran beliau termasuklah teori kuantum, kosmologi, fizik matematik dan teori kuantum.