Pasukan Malaysia Rangkul Satu Pingat Gangsa dan Dua Sanjungan Kehormat dalam International Physics Olympiad (IPhO) 2024

Laporan: Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil

Penyelaras
Jawatankuasa Olimpiad Fizik Malaysia
Ketua Pasukan Negara, IPhO 2024

Ahli pasukan Malaysia telah berjaya memperolehi satu pingat gangsa dan dua sanjungan kehormat (honorable mention) dalam pertandingan International Physics Olympiad (IPhO) 2024 yang berlangsung di Isfahan dari 21 sehingga 29 Julai 2024. Iran merupakan tuan rumah bagi IPhO 2024.

Carson Tai Kar Shing (19 tahun) dari SMJK Chung Ling, Pulau Pinang telah mendapat pingat gangsa, manakala Muhammad Adam Zachry bin Mohd Ali (19 tahun) dari Kolej Yayasan UEM, Selangor dan Soh Tze Jun (20 tahun) dari SMK Tinggi Klang, Selangor telah mendapat sebutan kehormat.

Pertandingan International Physics Olympiad merupakan pertandingan terulung dalam bidang fizik yang melibatkan para pelajar sekolah menengah daripada 82 buah negara berlainan.

Para peserta akan bersaing secara individu untuk menyelesaikan masalah fizik bertaraf universiti dalam ujian amali (dua eksperimen dalam tempoh lima jam) dan ujian teori (tiga soalan dalam tempoh lima jam).

Untuk IPhO 2024, para peserta berpeluang melakukan eksperimen yang memodelkan aliran haba dalam rod kuprum dan menentukan ketebalan slaid mikroskop menggunakan fenomena pembelauan tepian (step diffraction). Dalam ujian teori pula, para peserta meneroka konsep-konsep fizik dalam bidang alam sekitar, iaitu kesan rumah hijau (greenhouse effect) yang menyumbang kepada pemanasan global (global warming); dalam bidang fizik atom, iaitu perangkap ion (ion trap) dan penyejukan zarah menggunakan kesan Doppler (Doppler cooling); dan akhir sekali dalam bidang astrofizik, iaitu evolusi sistem bintang berkembar.

Pasukan negara ke IPhO 2024 terdiri daripada empat orang pelajar, iaitu:

  1. Lau Zheng Hong dari SMJK Yu Hua, Selangor,
  2. Muhammad Adam Zachry bin Mohd Ali dari Kolej Yayasan UEM, Selangor,
  3. Carson Tai Kar Shing dari SMJK Chung Ling, Pulau Pinang, dan
  4. Soh Tze Jun dari SMK Tinggi Klang, Selangor.

dan dipimpin oleh dua orang ketua pasukan, iaitu:

  1. Cik Chan Phaik Ying, guru tingkatan enam di SMJK Chung Hwa Confucian, Pulau Pinang, dan
  2. Encik Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil, penyelaras Jawatankuasa Olimpiad Fizik Malaysia (JK OFM).

Setakat ini, pasukan Malaysia telah berjaya mengutip satu pingat emas (2011), dua pingat perak (2023, 2008), 17 pingat gangsa (2024, 2023, 2022, 2019, 2018, 2017, 2016, 2013, 2010, 2007, 2006, 2005) dan 32 sanjungan kehormat. Penyertaan pertama pasukan Malaysia adalah pada tahun 2002.

Proses saringan dan latihan pasukan negara dalam IPhO dikendalikan oleh Jawatankuasa Olimpiad Fizik Malaysia (OFM) dengan kerjasama Persatuan Alumni Malaysia Pertandingan Olimpiad Sains Antarabangsa (AMISO); sokongan logistik dari Kolej DISTED, Pulau Pinang dan sumbangan dana daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS); dan penglibatan Bahagian Sukan, Kesenian dan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jawatankuasa Olimpiad Fizik Malaysia ini terdiri daripada pensyarah dan guru-guru fizik tingkatan enam, selain wakil-wakil dari Kolej Permata Insan, Program Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM), dan Kolej MARA Banting.

Garis masa proses saringan dan latihan pasukan negara untuk tahun 2024 adalah seperti berikut:

Barisan jurulatih untuk tahun 2024 adalah seperti berikut:

  1. Puan Chin Mai Ying, bekas guru fizik tingkatan Kolej Tingkatan Enam Zainal Abidin, Pulau Pinang.
  2. Ong Zhi Zheng, bekas wakil negara ke IPhO 2023 (Jepun) dan 2022 (Switzerland).
  3. Chang Kian Yau, bekas wakil negara ke IPhO 2023 (Jepun) dan 2022 (Switzerland).
  4. Tan Soon Wah, bekas wakil negara ke IPhO 2017 (Indonesia).
  5. Lai Jian Hao, mahasiswa fizik Universiti Sains Malaysia.
  6. Tan Fuyi, pensyarah fizik Kolej DISTED, Pulau Pinang.

Selain daripada IPhO, Malaysia juga terlibat dalam dua Olimpiad Fizik yang lain iaitu Asian Physics Olympiad (APhO) 2024 yang berlangsung di Kampar, Perak, Malaysia dan European Physics Olympiad (EuPhO) 2024 yang berlansung di Kutaisi, Georgia.

Senarai peserta dan ketua pasukan beserta pencapaian pasukan negara dalam Asian Physics Olympiad adalah seperti berikut:

  1. Gan Zhong Wen dari SMK St. Xavier, Pulau Pinang.
  2. Khoon Kah Fai dari Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Pulau Pinang.
  3. Loh Kwong Weng dari Brickfields Asia College, Kampus Petaling Jaya, Selangor – GANGSA
  4. Liau Kang Xuan dari Methodist College Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
  5. Nicholas Peh dari Stanford Online High School.
  6. Phuah Jun Xi dari SMK Kota Kemuning, Selangor.
  7. Soh Tze Jun dari SMK Tinggi Klang, Selangor.
  8. Yahaya bin Basiron dari Kolej Permata Insan, Negeri Sembilan.
  9. Ong Zhi Zheng, bekas wakil negara ke IPhO 2023 dan 2022 – KETUA PASUKAN 1
  10. Chang Kian Yau, bekas wakil negara ke IPhO 2023 dan 2022 – KETUA PASUKAN 2

Manakala, senarai peserta dan ketua pasukan beserta pencapaian pasukan negara dalam European Physics Olympiad adalah seperti berikut:

  1. Lau Zheng Hong dari SMJK Yu Hua, Selangor.
  2. Muhammad Adam Zachry bin Mohd Ali dari Kolej Yayasan UEM, Selangor.
  3. Carson Tai Kar Shing dari SMJK Chung Ling, Pulau Pinang.
  4. Tan Zhi Qi dari Westlake International School, Perak.
  5. Wong Jian Bin dari Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur – GANGSA
  6. Chang Kian Yau, bekas wakil negara ke IPhO 2023 dan 2022 – KETUA PASUKAN

IPhO 2025 bakal diadakan di Paris, Perancis dari 17 sehingga 25 Julai 2025.

Gambar-gambar ketika berlansungnya IPhO2024 ihsan penulis.

Kongsikan artikel ini: