Imej Atom Tunggal Strontium Memenangi Hadiah Fotografi Sains UK

SATU imej atom tunggal strontium bercas positif, yang ‘dipegang’ dengan pegun dalam satu medan elektrik, telah memenangi hadiah am dalam pertandingan fotografi sains nasional di United Kingdom anjuran Majlis Penyelidikan Kejuruteraan dan Sains Fizikal (EPSRC).

Imej ‘Atom Tunggal dalam Perangkap Ion‘ oleh David Nadlinger dari University of Oxford menunjukkan satu atom yang dipegang oleh medan magnel yang dihasilkan daripada elektrod di sekelilingnya.

Jarak antara hujung jarum kecil yang digunakan dalam alat tersebut adalah kira-kira dua milimeter. Apabila disinari laser berwarna biru-ungu yang betul, atom tersebut menyerap dan memancarkan semula cahaya dengan cepat sehingga membolehkan kamera biasa menangkap imejnya.

Gambar tersebut diambil melalui satu ‘tetingkap’ pada kebuk vakum ultra tinggi yang menempatkan perangkap ion yang digunakan. Ion atom yang disejukkan oleh laser adalah platform yang baik untuk meneroka dan memanfaatkan ciri-ciri unik fizik kuantum.

Ion-ion tersebut boleh berfungsi sebagai jam dan pengesan yang sangat tepat atau, sepertimana yang diterokai oleh Hub Teknologi Maklumat Rangkaian Kuantum UK, sebagai batu asas untuk komputer kuantum pada masa hadapan yang boleh menangani masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh superkomputer terbesar pada hari ini. Imej ini memenangi tempat pertama dalam kategori Peralatan & Kemudahan, serta memenangi tempat pertama secara keseluruhan dalam pertandingan EPSRCs yang sudah berlangsung selama lima tahun.

David Nadlinger menerangkan apakah inspirasi gambar tersebut: “Pada saya, idea untuk dapat melihat satu atom dengan mata kasar sebagai pengelaman menakjubkan yang nyata dalam menghubungkan dunia kuantum yang kecil dan realiti makroskopik seharian,” katanya.

“Pengiraan dan jangkaan secara kasar menunjukkan bahawa gambar ini boleh diambil. Dan pada satu petang Ahad yang tenang saya berangkat ke makmal dengan kamera dan tripod dan dianugerahi imej istimewa suatu titik biru kecil yang pucat, imej atom tunggal strontium”.

Sumber – http://www.ox.ac.uk/news/science-blog/image-strontium-atom-wins-national-science-photography-prize#

Kongsikan artikel ini: