Pelajar Fizik disyorkan memiliki buku ini

Richard Feynman (1918-1988) merupakan saintis fizik tersohor di zamannya dan masih disebut-sebut sehingga kini. Beliau digelar sebagai ‘The Great Explainer’ oleh komuniti fizik. Feynman menerima Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1965.

Feynman ketika menyampaikan kuliah

 

Buku setebal tiga jilid berjudul The Feynman Lecturer on Physics ditulis oleh Robert B. Leighton dan Matthew Sands berdasarkan rakaman kuliah Richard Feynman kepada pelajar di California Institute of Technology (Caltech) pada tahun 1961-1963.

Buku ini terbahagi kepada tiga jilid. Jilid pertama memberi fokus kepada Mekanik, Radiasi dan Haba manakala jilid kedua menumpukan kepada keelektromagnetan dan jirim. Jilid ketiga fokus kepada Mekanik Kuantum. Pecahan judul setiap jilid adalah seperti gambar di bawah. (Sumber wikipedia)

Menurut wikipedia, The Feynman Lecturer on Physics adalah buku fizik paling popular yang pernah ditulis. Ianya dicetak dalam berpuluh-puluh bahasa utama dunia dan telah terjual sebanyak 1.5 juta naskhah.

Pada tahun 2013, Caltech telah membenarkan isi kandungan buku ini diakses secara percuma di website mereka http://feynmanlectures.caltech.edu. Untuk edisi pdf, boleh hubungi editor FizikKini.Com untuk mendapatkannya di alamat emel editorfizikkini[at]gmaildotcom.

Kunjungi Facebook/FizikKini untuk maklumat lanjut.

SUMBER
[1] Feynmanlecturers.caltech.edu
[2] wikipedia

Kongsikan artikel ini:

2 Comments on “Pelajar Fizik disyorkan memiliki buku ini”

Comments are closed.