Laporan: Nurisya Mohd Shah, PhD
Pembentang QIM23
Pensyarah Kanan Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia
Pada 24-25 July 2023, buat julung kalinya perjumpaan pertama bersemuka Quantum Information Meetup 2023 (QIM23) yang mengumpulkan penyelidik bidang Informasi Kuantum (Quantum Information) dan Teknologi Kuantum (Quantum Technology) telah diadakan di Xiamen University Malaysia. Setelah beberapa siri perjumpaan dan perbincangan dalam talian dibuat, penganjur program QIM23, Profesor Dr. Tomasz Paterek telah mengambil inisitif untuk menganjurkan perjumpaan fizikal dalam skala kecil komuniti Informasi Kuantum.
Objektif penganjuran QIM23 ialah sebagai platform yang memberi peluang kepada pakar bidang kuantum di Malaysia untuk berkongsi penyelidikan bidang kuantum di institusi masing-masing. Seramai sepuluh pembentang yang mewakili kumpulan penyelidikan dari beberapa buah universiti awam dan swasta Malaysia telah turut serta dalam program ini. Antara institusi yang terlibat ialah University of Nottingham (Malaysia), International Islamic University Malaysia (IIUM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaya(UM), Xiamen University Malaysia (XMU) dan juga Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Setiap pembentang diberi peluang memperkenalkan bidang penyelidikan kuantum masing-masing dan seterusnya membentangkan topik yang berkait rapat dengan Informasi Kuantum dan Teknologi Kuantum.
Antara topik-topik yang dibentangkan ialah, qubit superkonduktor, persamaan induk kuantum (quantum master equation), inisiatif kuantum penyelidik universiti, penggunaan teori kumpulan dalam pembetulan ralat kuantum (quantum error correction), rangkaian maklumat kuantum yang selamat, ke arah persediaan polisi kuantum kebangsaan, kuantum dan sains laser, kriptografi kuantum, sistem Jaynes Cumming bagi qubit dan kitaran simpanan kuantum (quantum reservoir processing).
Program turut diakhiri dengan perbincangan panel pembentang dalam mewujudkan sebuah entiti iaitu Konsortium Kuantum di Malaysia yang menjurus kepada informasi dan teknologi kuantum. Ahli konsortium akan menjadi satu komuniti kuantum yang boleh bekerjasama dan memanfaatkan kepakaran masing-masing dalam menyokong merealisasikan penyelidikan kuantum yang berjaya bukan sahaja di peringkat tempatan malah di peringkat antarabangsa. Selain itu, usaha kolarabotif juga bertujuan untuk mendapatkan sokongan kerajaan dalam bidang kuantum. Memandangkan teknologi kuantum merupakan penyelidikan utama pada masa kini, maka konsortium ini amat penting agar dapat memacu penyelidikan kuantum di Malaysia supaya berdaya saing dan selari dengan kepesatan penyelidikan kuantum di seluruh dunia.
English version
The first Quantum Information Meetup 2023
On July 24-25, 2023, for the first time, the Quantum Information Meetup 2023 (QIM23) was held at Xiamen University Malaysia, bringing together researchers in the field of quantum information and technology. After several online meetings and discussions, the organizer of the QIM23 program, Professor Dr. Tomasz Paterek, took the initiative to hold a physical meeting on a small scale for the quantum information community.
The objective of organizing QIM23 is to provide a platform for quantum experts in Malaysia to share their respective research in the quantum field. Ten presenters representing research groups from several public and private universities in Malaysia participated in the event. Among them were the University of Nottingham (Malaysia), the International Islamic University Malaysia (IIUM), Universiti Malaysia Perlis, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Xiamen University Malaysia, and Universiti Teknologi Malaysia.
Each presenter had the opportunity to introduce their quantum research areas and present topics closely related to quantum information and technology. Some of the topics presented include superconducting qubits, quantum master equation, university quantum research initiatives, the use of group theory in quantum error correction, secure quantum information networks, towards the establishment of a national quantum policy, quantum and laser science, quantum cryptography, Jaynes Cumming system for qubits, and quantum reservoir processing.
The program also concluded with a panel discussion among presenters to establish an entity called the Quantum Consortium in Malaysia, aimed at quantum information and technology. The consortium members will form a quantum community that can collaborate and leverage their expertise to support successful quantum research not only at the local level but also internationally. In addition, this will form a basis for coordinated efforts aimed to get a dedicated government support. As the quantum technology is a fore front research nowadays, the forming of this consortium is crucial to ensure that quantum research in Malaysia remains competitive and in line with the rapid progress of quantum research worldwide.