Persidangan Antarabangsa Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal kali ke-7 2019

Oleh: Wan Yusmawati Wan Yusoff, PhD, UPNM
Setiausaha, 7th ICSSST 2019


Persidangan Antarabangsa Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal kali ke-7 2019 (7th ICSSST 2019) telah diadakan pada 11 hingga 13 November 2019 bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya. Persidangan kali ini dianjurkan oleh Pusat Asasi Pertahanan, Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) dengan kerjasama Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) bertemakan “Enhancing Science and Technology of Advanced Materials for the Fourth Industrial Revolution”.

Tujuan persidangan ini adalah menyediakan platform bagi komuniti sains dan teknologi keadaan pepejal untuk berkongsi dan membincangkan perkembangan dan penemuan terkini dalam bidang berkaitan. Selain itu, persidangan ini menyediakan rangkaian persekitaran dalam memupuk dan menguatkan kerjasama penyelidikan dalam kalangan komuniti sains dan teknologi keadaan pepejal.

Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Lt. Jen. Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Jalal, Naib Canselor UPNM dan disertai seorang penceramah pleno dan tiga penceramah utama. Senarai penceramah pleno dan penceramah utama adalah seperti berikut:

Penceramah Pleno
Prof. Dr. Muralidhar Miryala (Shibaura Institute of Technology, Tokyo, Jepun)

Penceramah Ucaptama      –          
1. Prof. Dr. Paul A. Bingham (Sheffield Hallam University,UK)
2. Prof. Dr. Imad Hamadneh (University of Jordan, Jordan)
3. Prof. Emeritus Dato Dr. Wan Md Zin Wan Yunus (UPNM, Malaysia)

Persidangan ini telah disertai oleh 151 peserta yang terdiri daripada 15 peserta antarabangsa dan 136 peserta tempatan. Negara peserta antarabangsa terdiri daripada Australia (1), Egypt (1), Pakistan (1), Yaman (1), Qatar (1), UK (1), Indonesia (3) dan Nigeria (6).  

Sepanjang persidangan berlangsung, terdapat 6 slot pembentangan secara selari di lima bilik yang berbeza telah diadakan. Sebanyak 150 kertas hasil penyelidikan telah dibentangkan. Ini termasuk 115 pembentangan lisan (oral presentation) manakala 35 pembentangan poster (poster presentation).           

Kertas hasil penyelidikan terpilih yang dibentangkan dalam persidangan ini akan dinilai oleh panel penilai yang dilantik untuk diterbitkan dalam Malaysian Journal of Analytical Sciences (Scopus), Solid State Phenomena (Scopus) dan International Journal of Electroactive Materials (myCite).

Bersempena penganjuran persidangan ini, pihak penganjur juga mengadakanBengkel Digital dan Laser Mikroskopi dan Bengkel Rekaan Komputasi Bahan pada 11 November 2019 bertempat di Pusat Marin, UPNM. Manakala pada 12 November 2019 penganjur juga menganjurkan Materials Technology Challenge (MTC 3.0) bertempat di The Everly Hotel, Putrajaya.


Kongsikan artikel ini: